Berhenti Berharap Pada Manusia

Assalammualaikum w.b.t

Setelah penat bertungkus-lumus untuk menyiapkan lab report (act, tak siap lagi, haha). Tiba-tiba aku tertarik untuk menulis di sini. Oh terlampau la skema bila aku menggunakan 'di sini'.Haha. Oke let's make it santai-santai la kan. Back to tajuk utama aku, berhenti berharap pada manusia. Kenapa aku berani sangat buat tajuk macam tu? lulz.

Pernah tak kau terlampau bergantung pada manusia?
like kawan, boyfriend, girlfriend and so on.
mestilah pernah kan? Sebab 'manusia itu perlukan teman, itu yang menara cuba sampaikan' ceceh tak pasai masuk iklan pulak dah. Manusia memang perlukan teman, untuk meluah segala rasa, untuk melepaskan segala lelah yang terbuku, segala pahit manis kehidupan. Tapi kita jugak perlu sedar yang manusia takkan selalu ada untuk kita. Macam boyfriend, girlfriend. Kau tahu sampai bila dia akan stay dengan kau? for sure la tak kan. One day mungkin terjadi perpisahan, sebab orang kata 'setiap pertemuan pasti ada perpisahan' and yes I admit it. Aku terlampau takut dengan sebuah kehilangan.

Macam kawan pulak. Mereka takkan selalu ada untuk kita 24/7 untuk dengar segala cerita kita. Even sahabat sekalipun. Sebab apa? sebab diorang pun manusia biasa yang punya kehidupan masing-masing. Terkadang saat kau ingin mengadu betapa kau penat, betapa kau letih akan lakonan pentas dunia, tapi mungkin saat tu, sahabat kau juga sedang berduka dan waktu tu dia pun tak mampu nak hiburkan atau pujuk hati kau kerana masalah yang dia lalui. Terkadang ada juga yang di saat kita nak meluah rasa, tapi kawan kita di sana sedang bergembira atas nikmat yang pastinya pemberian daripada Tuhan Yang Esa dan waktu tu mungkin dia akan 'terabaikan' kau buat sementara. Bukanlah niatnya untuk mengabaikan kau pun (bersangka baiklah) tapi tulah macam yang aku cakap, life kita berbeza. Jadi kita tak boleh expect nak orang selalu ada dengan kita. That's why kita kene berdikari! stands on our own feet. yihaa (maafkan grammar aku ya).

Pernah jugak, time aku down sangat-sangat. Biasalah kan life kita ade turun naik, same goes to our iman ade pasang surutnya kan. Aku perlukan someone, I need a shoulder where I can lean on..but I've found nobody surrond me. Ya Allah sedihnya rasa. Padahal ada je orang kat sekelilling aku, but sometimes bila kau nak mengadu dekat kawan-kawan kau, kau rasa seolah-olah kau tengah ganggu life diorang. So that, end up, kau akan menangis sendiri. Tersedu-sedu la sampai. Biasanya kalau aku tengah down tak ingat dunia aku akan bukak life quotes, yang bagi kata-kata semangat untuk aku bangkit semula. Tapi tu just bagi effect untuk sekejap je. Sekejap je kau akan rasa tenang. Lepastu kau akan sedih balik bila ingat betapa lonely life kau kan..haha

Tapi ada satu perkara yang pasti boleh buat kita tenang. Iaitu dengan mendekati Allah and trust me Allah is the best listener. Time kita down sangat kembali kepada Allah, Allah tak pernah lupakan kita walau sesaat pun, macam mana kita boleh lupakan Allah, tinggal solat, buat dosa setiap hari. Allahu, moga-moga Allah ampun. Di saat kita jatuh, Allah hulurkan bantuan, Allah hulurkan satu kekuatan untuk kau bangkit semula. Allahu betapa sayangnya Allah pada hambaNya. Bila down, bila kecewa kerana manusia, ambil wudhu dan solat, tadah tangan mengadulah pada Allah. Mengadulah apa saja, Allah adalah sebaik-baik pendengar. Menangislah, menangislah wahai jiwa yang penat di hadapan Tuhan Yang Satu. Allah.

Bukan hanya bahagia yang ada di dunia, kerana itu Allah cipta airmata. :)

Mengapa berharap pada manusia sedangkan Allah selalu ada disuka dan duka perjalanan hidup kita?


' A strong person is not the one who doesn't cry, a strong person is the one who sheds tears for a moment, then gets up and smile again'

Comments

Popular posts from this blog

LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

Thinker Studios

It's Sunday!