Book Review: Empayar oleh Teme Abdullah

First time doing flatlay ✌❤

Assalammualaikum w.b.t
Hello guys, hope you guys doing good!

Hari ni aku nak buat book review yang selalunya aku hanya buat review dekat akaun goodreads aku atau di instagram. Tapi kali ni aku nak try tulis kat blog pulak. Sebab lagi selesa nak tulis panjang-panjang 😄

Okayyyy sebelum aku membebel lagi panjang. 
Ini merupakan ulasan untuk buku Empayar ni 👇:

Ini merupakan buku keempat karya Teme Abdullah dan pertama kali penulis menulis buku sebegini yang berlatar belakangkan kisah pada zaman kepulauan melayu. Bila sebut tentang kepulauan melayu, mesti ada yang beranggapan ni cerita pasal sejarah thingy. Tak, jangan buat kesimpulan dulu. Sebab pada mulanya aku pun sama, buat kesimpulan tengok tajuk dia je, aku dah risau nak baca buku ni sebab takut dia pasal sejarah and all stuff. So, don't judge a book by its title ok 😉

Buku ni menveritakan tentang sekumpulan pelajar atau dalam buku ini mereka digelar sebagai pelatih yang menuntut ilmu di sebuah sekolah atau pada zaman tersebut ia digelar sebagai madrasah yang berasal daripada perkataan bahasa arab yang turut bermaksud sekolah. Madrasah itu adalah Madrasah Taming Sari.

Para pelatih tidak dibenarkan menggunakan nama mereka sendiri dalam cerita ni. Mereka hanya akan diberi gelaran mengikut nombor seperti pelatih 8492, pelatih 1636, pelatih 6480 and so on. So gelaran ini lah yang digunakan oleh para pelatih untuk memanggil atau bercakap dengan pelatih yang lain. Which is unique!

Para pelatih ini akan menimba ilmu agama di samping diberi tugasan-tugasan yang perlu di selesaikan sebelum mereka menerima Keris Nadi Pertiwi setelah mereka berjaya melepasi semua halangan tersebut. Dan keris tersebut merupakan idaman semua pelatih di madrasah tersebut. Kira macam siapa dapat keris ni dia dapat jadi pahlawan-pahlawan yang mempertahankan kota mereka sendiri. 

Pelatih yang gagal, tidak akan diterima untuk belajar di mana-mana madrasah pun (kira macam kena blacklist dengan Kementerian Pelajaran la macamtu). Lagi satu kalau gagal, mereka akan dibuang negeri. Banyak yang berlaku sepanjang pengajian mereka di situ. Banyak ada yang lawak, ada yang sedih, ada yang geram. Emosi bercampur-baur.

Aku faham penulis ingin mengenahkan tentang isu 'penunggang agama' yang cetek ilmunya tetapi bermegah diri, memandang rendah pada orang lain semata-mata kerana merasakan mereka lebih tinggi ilmu berbanding yang lain. Dan yang sedihnya bila mereka menggunakan hujah agama untuk memperbetulkan perbuatan mereka. Siap guna Al-hadis tau. Kononnya nak menegakkan keadilan. Tapiiiii ending diaaaaa
.
.
.
Ending dia buat aku rasa tergantung sepi, sebab gosh it's too good to end. So please I need a sequel of Empayar.
.
.
.
.
Oh ya, belum habis lagi, ni just sedikit komentar aku tentang buku ni, aku suka, jalan penceritaan yang unik yang membuatkan aku terselak muka surat sebelah dan sebelah tanpa sedar sebab ia buat aku tertanya-tanya apa yang jadi seterusnya. Penggunaan bahasa yang menarik, bila mana aku kena berhenti kejap untuk search google bila ada perkataan-perkataan yang aku tak pernah dengar sebelum ni misalnya:

1) Lancang (sejenis perahu)
2) Geliung (kapal besar)
3) kutubkhanah (perpustakaan)

Korang boleh google untuk tahu dengan lebih mendalam maksud ayat-ayat kat atas ok.

Selain tu, banyak jugak perkataan bahasa arab yang digunakan yang turut disertakan dengan maksud.
Plus, bagi aku untuk hasilkan sebuah buku yang macam ni, penulis semestinya banyak membaca dan banyak buat research. Sebab power beb. Banyak benda baru yang aku belajar pasal agama terutamanya. 

So yeah, I catch you guys on my next post. Thank you for reading! ❤

Comments

Popular posts from this blog

LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

Thinker Studios

It's Sunday!