Hujan


Assalammualaikum w.b.t
Hello guys, hope you guys doing good today!

Let's take a second to smile and be grateful for the smile that you still have :) (While that enjoy the song)

Harini kawasan rumah aku hujan. Alhamdulillah hujan bawa rahmat. 

Al-kisahnya petang ni aku keluar, nak pergi beli instant oat aku yang dah habis. So otw nak masuk dalam kedai tu, elok parking motor je. Hujan pun mai. Mula-mula tu aku macam "adui awat hujan lebat ni, nak pi beli goreng pisang dengan topup lagi ni". Tapi mai aku membebel dalam hati tu aku terfikir, hujan kan rahmat, why not aku take the moment untuk mohon doa.

"Doa tidak akan tertolak pada dua waktu, ketika azan berkumandang dan hujan turun"
                                                         (H.R Al-Hakim & Baihaqi) 

Pastu sambil-sambil tu aku take the moment la kan layan menari dalam hujan la kononnye, padahal aku dalam kedai lagi tengah berteduh time tu. Then, hujan reda sikit, aku pun gerak pergi kedai seterusnya iaitu gerai jual goreng pisang panas dengan cempedak goreng. Fuhh korang bayang kanla hujan-hujan dapat makan goreng pisang dengan cempedak goreng yang panas-panas lagi. Plus mak abah pun memang ada pesan nak goreng pisang dengan air cendol. Kedai cendol je tutup tadi. So, tak dapat la beli cendol. Tapi tak pe la tu.

While that, hujan turut lebat balik, so aku macam, eh bukan macam, aku pun tumpang berteduh la dekat gerai goreng pisang tu. Sambil menikmati hujan. Aku macam tak sabar nak balik tau, sebab takut goreng pisang tu sejuk, dah tak panas. Tiba-tiba sambil aku tengok jalan raya (gerai tu tepi jalan besar) tengok kereta motor yang lalu-lalang. Aku pun nampak la ada dua orang lelaki ni lalu naik motor. Gayanya macam baru balik dari kerja. Diorang tengah basah lencun tu. Tapi si penumpang yang belakang tu depakan tangan. Ala macam citer titanic tu. Sambil pandang ke langit.

Haa lebih kurang gini la gaya dia

So aku pun time tu macam tengok dia, aku jadi terfikir, weh dia balik kerja penat-penat time tu dah pukul 6 petang tau, tapi dia enjoy the moment. Pastu aku macam terfikir jup, ha'a kan why not aku enjoy je moment ni. Tau aku buat apa lepas tu? Aku start motor, then aku pun balik dalam hujan lebat tu, tapi tau aku rasa apa time tu? Aku rasa happy. Aku rasa dunia tengah tersenyum dengan aku. Aku jumpa ketenangan, kedamaian dalam hujan, while sekarang ni pun aku tengah menaip masih lagi tersenyum, ingat moment aku redah hujan tadi. Feeling yang aku tak boleh nak describe betapa indahnya bila kita bukan setakat dengar rintik hujan, tapi kita rasakan dan hayati hujan.


So, aku balik rumah abah pun tergelak tengok aku basah lencun habis. Lepas tu ayat pertama yang keluar dari mulut abah "pi mandi dulu, nanti  demam". Aku tau tu just ayat biasa yang mak pak hang akan cakap bila hang basah lencun kena hujan, tapi aku rasa bahagia, aku rasa macam disayangi gila. Walaupun sebelum ni aku dah rasa cukup bersyukur dengan nikmat mak abah yang Allah bagi kat aku.


Mesej yang cuba aku nak sampaikan kat sini adalah, untuk rasa bahagia, untuk cari bahagia, kita tak perlu fikir apa yang akan jadi pada masa akan datang, kita tak perlu lagi mengenang masa lalu, tapi apa yang kita kena buat, adalah hayati masa sekarang. 

In shaa Allah, sama-sama kita mencari kebahagiaan dan gapai redha Allah.

"SOME PEOPLE FEEL THE RAIN, OTHERS JUST GET WET"


"IN THE FALLING RAIN, I LEARNED TO GROW AGAIN"



" WHEN LIFE GIVES YOU RAINY DAYS, WEAR CUTE BOOTS AND JUMP IN THE PUDDLES"


:)


Comments

Popular posts from this blog

LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

Thinker Studios

It's Sunday!