Movie Review: Velaiilla pattadhari VIP (Kisah Mengenai Graduan yang Menganggur )

Assalammualaikum w.b.t
May Allah bless us abundantly, protect us, keep us steadfast and grant us what's best for us in both worlds. 

Warning: Post kali ni panjang sangat, sangat. ✌


Sumber: Ihsan Google


Hi, Ok kali ni aku nak review pasal satu movie tamil yang bertajuk Velaiilla pattadhari (VIP), highlight movie ni adalah tentang graduan yang menganggur selepas tamat pengajian. And based on google search Velaiilla pattadhari itu sendiri bermaksud (Unemployed Graduate) atau kalau direct dari google translate adalah 'Lulusan tanpa pekerjaan'.

So cerita ni adalah Indian action comedy film. Basically, movie ini mengisahkan tentang hero yang bernama Raghuvaran yang dibintangi oleh Venkatesh Prabhu atau lebih dikenali sebagai Dhanush. Dhanush ni merupakan seorang pelakon, pengarah, screenwriter dan dalam masa yang sama juga adalah playback singer. Dan movie ni jugak di produce sendiri oleh Dhanush ni.

So yeah, masuk kepada summary cerita ni, tak berapa nak summary sangat la, sebab aku nak citer panjang jugak kot. Ok Raghuvaran ni graduan dalam Civil Engineering dan dia dah menganggur dalam 4 tahun macam tu tak dapat kerja. Dia ada je dapat tawaran kerja dalam bidang IT, tapi bagi Raghuvaran dia tak nak bazirkan ilmu Civil Engineering yang dia ada tu dan bekerja dalam bidang lain dari yang dia belajar. So akibatnya, dia jadila penganggur untuk masa yang lama. Tak bekerja dan duduk dengan parents dia. Dia ada mak ayah, seorang adik lelaki yang dah pun bekerja di syarikat besar jugak la dan seekor anjing yang diberi nama Harry Potter.


Kitaran hidup dia, sepanjang menganggur tu adalah, hari-hari dia akan apply kerja, bila ada iklan jawatan kosong dalam bidang Civil Engineering je dia akan apply. Tapi takde satu pun yang nak tawarkan dia bekerja. Ada la jugak dia dapat interview dekat beberapa syarikat engineering. tapi sayangnya semua tak bagi chance untuk dia bekerja. Waktu tu dia sembang dengan other candidates la kan dia cakap "kalau syarikat tak nak bagi peluang, macam mana aku nak tunjukkan bakat dan kebolehan aku". Macam tu la hidup dia on and on, hari-hari kalau ada iklan jawatan kosong, apply, lepas tu tolong mak dia kemas rumah, dan main dengan 'Harry Potter' which is anjing dia lah.

Aku teringat ada satu scene ni bila mana dia tengah main dengan anjing dia, dia nak suruh anjing dia tangkap bola, tapi anjing dia buat tak tau je dan blah. Haha, pastu dia cakap "anjing pun taknak hormat kau bila kau takde kerja" which is lawak dan sedih la dalam masa yang sama.

Raghuvaran dan Harry Potter, Sumber: Youtube


Panjang lagi ni, tahniah kalau anda masih membaca...


Mak Raghuvaran, satu-satu penyokong setianya :) (waktu ni mak dia tengah tengok bulan dari teropong yang dia reka sendiri), waktu ni mak dia cakap kamu pandai sebenarnya, apa yang menyebabkan kamu tak dapat kerja. Raghuvaran jawab "ia bukan soal apa yang saya pandai sahaja, ia lebih dari itu"

Ok, Raghuvaran ni selalu kena perli dengan ayah dia, kalau dia balik dari interview, lepas tu tak berjaya pastu ayah dia akan cakap "hmm, teruslah menunggu kerja dalam bidang kamu tu". Ayah dia rasa macam Raghuvaran ni tak bertanggungjawab dengan masa depan, ayah dia fikir macam dia tak kesah pun dengan masa depan walhal hakikat adalah sebaliknya. Lebih kurang camtu la, dalam movie ayah dia tak berapa nak rapat dia sangat. Dia lebih rapat dengan mak dia. Mak dia memang protective betul la dekat dia, kalau ayah dia ada perli-perli dia ke, marah dia ke, mak dia la yang akan jadi pelindung dia.


Raghuvaran ni jugak ada group Facebook, di mana dalam group tu ada semua graduan Civil Engineering yang menganggur atau dah bekerja tapi bukan dalam bidang yang mereka belajar.

Ni la anak jiran yang dia suka tu, nama dia Shalini| Sumber:

Dan dia jugak ada suka anak perempuan jiran dia ni, tapi suka setakat suka jela, dia tak adalah sampai nak kacau, nak mengorat apa semua sebab dia sedar yang dia tu penganggur, tak ada kerja. Dan dia sedar mana ada perempuan yang nak lelaki yang tak stabil macam dia. Shalini ni dah bekerja dan stabil la orang kereta, gaji pun tinggi apa semua. Pada asalnya Shalini ni memang tak suka dia sangat pun, sampai la satu hari mak dia bercerita dengan ayah Shalini tentang kesukaran hidup Raghuvaran dalam mencari pekerjaan. So, start dari situ timbul la rasa kesian dan rasa suka. Makin lama mereka makin rapat dan rapat.

Ok, untuk pendekkan sikit penceritaan aku ni, sampaila waktu di mana emosi aku terganggu sikitla tengok movie ni. Scene bila mana mak dia mati. Mak dia mati time dia tengah keluar dengan Shalini, waktu tu Shalini nak bagi tahu pasal perasaan dia dekat Raghuvaran. Time tu, banyak kali mak Raghuvaran call dia, tapi dia tak angkat, sebab berlaku salah faham sikit antara dia dan parents dia pada malam sebelum tu. Waktu tu ayah dengan adik dia pergi kenduri kahwin luar kota la kiranya. Mak dia tak ikut. Time tu ayah dia dah pesan dah dekat Raghuvaran jaga mak kat rumah. Kira macam dia nak merajuk la kononnya dengan mak dia. Tapi dia tak sangka yang tu merupakan hari terakhir dia jumpa dengan mak dia. Korang boleh tengok dulu video bawah ni, sambil dengar-dengar lagu 👇





Dari sini hidup dia memang berubah terusla, dia tak habis-habis salahkan diri dia sebab kematian mak dia. Dia rasa too ok dia yang bersalah sebab tak angkat call mak dia time tu. Mak dia mati sebab sakit jantung. Dan lepas je kematian mak dia, ayah dengan adik dia dua-dua pulaukan dia, memang time tu dia rasa sedih sangat la. Sementara tu paru-paru mak dia tu di pindahkan kepada paru-paru seorang perempuan (Anitha) yang menghidap penyakit kanser paru-paru sebab gaya hidup dia yang tak sihat. So one day, ayah Anitha yang merupakan seorang korporat yang juga merupakan pengarah sebuah syarikat Civil Engineering dekat bandar dia tu. So, sebagai rasa terhudang budi ayah Anitha menawarkan kerja di syarikatnya.

Raghuvaran terima tawaran tu, dan dia memang work hard dan jujur dalam melaksanakan tugas yang diterima. Dan dalam masa 6 bulan je Raghuvaran dah dapat satu tender besar. Tender kerajaan untuk bina rumah orang-orang yang kurang berkemampuan. Banyak halangan yang di hadapi dari penentang-penentang yang cemburu dengan Raghuvaran, sebab dia dapat tender kerajaan yang direbutkan oleh syarikat-syarikat besar yang lain. Sampai ada yang sanggup upah gangster untuk datang dan buat kacau dekat tapak projek pembinaan tu. Habis semua pekerja dan supervisor cedera. Banyak la halangan yang dilalui tapi Raghuvaran tetap berdiri dan yakin dengan kebolehan diri dia sendiri dan dia akan buktikan yang dia boleh berjaya dengan bersikap jujur.

Comments

Popular posts from this blog

LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

Thinker Studios

It's Sunday!