Move On Tak Mudah Tapi Ia Perlu

Assalammualaikum w.b.t

Malas nak pengenalan panjang-panjang, kona sini kona saner, mengarut sini mengarut sane. Terus terjah point kat atas tu. Sakit? Ye aku tahu kau sakit lepas ditinggalkan, lepas diberi harapan palsu, lepas diduakan, lepas menyesal kerana salah yang kau sendiri cipta dulu, lepas dilupakan, lepas dipermainkan, lepas di'friendzone' kan and whatsoever masalah korang in relationship.

MOVE ON BABE, MOVE ON!

Takde orang nak kutip diri kau, kalau kau jatuh melainkan diri kau sendiri, Takde orang nak repair hati kau yang pecah tu. Takde, melainkan kau sendiri kutip balik serpihan hati kau tu and berbalik pada Dia. Kau dok menangisi pemergian manusia, sampai kau lupa Dia yang di atas makin luput di ingatan kau dek kerana sibuk menangisi manusia yang kau sendiri tahu sifat dia tak kekal lama.

Menangis saje tak gune kawanku. Serius *teda guna* orang sabah cakap. Takde gune! Kau kene bangun balik, yang pergi tu biar dia pergi, kau tu, kutip hati kau yang bersepai tu, jahit semula. Sakit tu memang sakit babe, but sampai bila kau nak terus menangis, terus tak makan, terus murung, terus sedih,??

SAMPAI BILA??

*tanya hati tu*

SAMPAI MATI?

Awak dok ingat, menangis sebab dia, awak ingat dia ingat awak??

TAK, SIKIT PUN DIA TAK HERAN WEYH..

Entah2 dia tengah enjoy dengan life dia sekarang sebab kau dah tak menyemak dalam hidup dia, kau je sedih2 sampai nak bunuh diri.

BERBALOI KE?

Eh, sedar balik kawan, tujuan kita hidup atas muka bumi ni, Bukan tu je yang penting, kadang2 cer kau pandang muke mak ayah kau, xyah org lain ah, kau pandang muke mak ayah kau pun jadi..kau tak rase kesian ke kat diorang?? kau korbankan kebahagiaan diorang semata-mata sebab kekasih hati yang bajet2 penah janji tuk sehidup semati *muntah*. Kau mungkin cakap 'mak ayah aku mane tau aku putus cinta, aku tak pernah citer and tunjuk pun kat dyorang'
Eh common kawan, Tuhan cipta naluri ibu ayah tu cukup kuat untuk taw yang kau sedang dalam masalah even kau x pernah citer pun.

MOVE ON TU MEMANG SUSAH KAWANKU!

Bukan sehari, seminggu, sebulan, setahun bahkan makan masa bertahun untuk melupakan dia yang satu masa dulu kau pernah sayang atau mungkin masih sayang. Tapi jangan lupa ada yang perlu kau sayang lebih dari kau sayang yang lain, Iaitu

DIRI KAU SENDIRI!!
Ya diri kau sendiri.

Bersedih tu boleh, cuma jangan sampai kau putus asa dengan Tuhan.

"Yang nak pergi, biarkan dia pergi, tak perlu merayu raih simpati,
maruah kau bukan letaknya di kaki"
Allah dah susun elok-elok dah jalan hidup kita ni, jangan buruk sangka dengan Allah.


PLEASE GET UP AND SMILE AGAIN :)


Comments

Popular posts from this blog

LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

Thinker Studios

It's Sunday!