Hati

Terlalu banyak 'kenapa'
Sabarlah hati, 
Allah akan jawab nanti. 


Assalammualaikum w.b.t

Hello guys, hope you guys doing good today. Remember to spread Love  not Hate ❌

All the photo and contents credit to TheTarbiyyah

Perit rasanya mahu menumpahkan rasa.
Air mata seakan malu-malu mahu mengalir
Kerana sudah acapkali manik-manik jernih ini melaju di pipi
Barangkali sudah penat

Aku cuma manusia
Yang pernah jatuh berkali-kali
Yang pernah menangis tanpa henti
Yang pernah bisik tak kuat lagi
Yang pernah tanya, "masih jauh kah jalan ini?"

Rabb
Aku diamkan
Aku pendamkan
Aku lindungkan
Aku bilang aku redha, tapi mengapa air mataku masih mengalir Ya Tuhan
Syafakillah wahai diri,
Sembuhlah
Teruskan melangkah
Biar parah
Moga-moga dihujung sana
Ada cahaya.

Kau tiada pilihan lain, melainkan terus menjadi kuat dan terus mengukir senyuman 
meskipun rasa dah tak larat.
Kerana hadirnya ujian untuk menguatkan
Bukan untuk melemahkan

Jika kau ada Allah, kau ada segalanya

Mengadu pada Tuhan, bukan pada manusia.
Kerana manusia tak kan pernah faham
biarpun diorang cakap 'aku faham'
Walhah sebenarnya tidak

p.s: Goodluck untuk yang ada midterm tu. Ingat mana priority. Masalah, masalah jugak. Letak sekejap kat tepi, fokus pada kejayaan di hadapan. Kalau kau duk termenung tak gerak. Bila lagi? 

Takde sape mampu ubah masa depan kau, 
melainkan kau sendiri. 
Dengan ilmu kau dihormati
Dengan Allah kau akan rasa disayangi 

meskipun penduduk bumi membenci.

Comments

Popular posts from this blog

LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

Thinker Studios

It's Sunday!