Kenapa dia tak suka aku?


'Kenapa dia tak suka aku?'

'Kenapa dia tak pernah perasan aku selalu ada untuk dia'

Kenapa dia nampak macam tak selesa kalau aku ada sekali kat situ'

'Kenapa dia taknak kawan dengan aku, apa salah aku?

'Kenapa dia tak tengok pun muka aku'

'Kenapa aku selalu dipinggirkan kalau group work?'

'Kenapa cikgu tak suka aku?'

KENAPA. KENAPA. KENAPA ? ? ?

Persoalan kenapa ni akan terus bermain di minda.

Assalammualaikum w.b.t.
Hello guys, hope you guys doing good today.


Btw kau pernah kena macam kat atas tu tak? 👆

Kalau tak, aku harap kau tak lupa untuk ucap syukur pada Tuhan. Sebab kau tak pernah rasa kecewanya bila ditolak cintanya, dipinggirkan oleh kawan, tidak disukai oleh cikgu/pensyarah/pendidik/mudir tanpa kau tau sebab dan alasannya.

Tau-tau je dia tolak cinta kau 

Tau-tau je dia tak nak kawan dengan kau

Tau-tau je cikgu tu tak suka kau

Aku boleh paham kalau cinta kene tolak, dengan alasan hati tak boleh dipaksa untuk mencintai seseorang. Meh.

Tapi aku harap sangat reason ni tak valid untuk hubungan antara kawan serta hubungan antara anak murid dan guru. 

Sebab rejection is hurt tho. Like you try so hard but you'll never be the one. Damn it's truly hurt.

Tapi lagi sakit kalau yang tak suka kau tu kawan kau atau cikgu kau sendiri. Tanpa kau tau kenapa dan apa sebabnya. Yes! for sure every thing that happen must have their own reason. Like kenapa dia tak suka kawan dengan kau mungkin kau ni bebal sangat, plus terlampau pentingkan diri sendiri, kau ni busuk, hodoh, dan tak bijak atau noob. Tapi perkara ni takkan terjadi kalau dia ikhlas berkawan dengan kau. Each of these reasons is not the reason anymore for them to not be friend with you. Ikhlas? Memang susah pun nak carik yang bersahabat ikhlas kerana yang Di Atas. Selalunya nak ambil kesempatan dan mempergunakan.

Tapi percayalah, masih ada yang ikhlas. Tinggal kita je kena cari dan cari. 

Once dah jumpa sahabat yang ikhlas jangan take for granted pulak. Oh man, betul la manusia mudah lupa untuk bersyukur dengan setiap rezki yang Tuhan bagi. Kalau dulu mengadu kat Tuhan nak kawan yang ikhlas tapi once dah dapat you take them for granted pulak. Hmm

Tapi apa pulak jadi dengan cikgu yang tak suka aku?

Cikgu tu tak suka kau, mungkin sebab kau nakal, kau lambat hantar assignment/kerja sekolah, kau .... hmm tu jelah kot reason aku boleh bagi.

Jarangla aku dengar cikgu tak suka anak murid dia sebab anak murid dia terlampau bijak, anak murid dia good looking sangat, anak murid dia bimbo or etc. 

Hmm macam mana pulak, kalau kau submit assignment on time cuma quality kerja kau tak seperti yang cikgu jangkakan, kau nak berjaya dan kau ada usaha nak berjaya dan kau cuba perbaiki prestasi kau dari masa ke semasa. Tapi tetap cikgu tak suka kau.  Hmm. Aku sendiri tak dapat jawab persoalan ni. 

Aku selalu dengar perkataan 'pilih kasih'

And sumpah aku sedih giler bila benda ni berlaku dalam sistem pendidikan kita sendiri. Cikgu pilih kasih. This thing should not happen but this is the reality now. You need to face it.

Aku sedih bila ada pendidik yang sepatutnya menguatkan dan menjadi pendorong semangat kepada anak murid untuk berjaya tapi sebaliknya pendidik yang melemahkan semangat anak murid mereka sendiri. Dengan kata-kata yang merendahkan semangat mereka. Like;

'Betul ke assignment ni kamu yang buat, macam tak percaya je'

'Kenapa kamu tak buat kerja dalam kumpulan?' (walhal insan nilah yang bertungkus lumus siapkan part nya, cuma mungkin cikgu tak nampak insan ni buat kerja depan mata nya).

'Kenapa kamu boleh dapat markah tinggi? hmm xpelah dah rezki kamu'

Situasi 1 di bilik darjah

Mat (aku pick je nama randomly), ada kerja berkumpulan, dan pada hari itu Mat dan kawan-kawan perlu buat pembentangan berkaitan assignment yang telah diberikan tersebut. Sebelum tibanya hari pembentangan Mat dan rakan sekumpulannya sama-sama bertungkus-lumus menyiapkan kerja yang diberi sampai tak tidur malam. Sama-sama mereka buat kerja tanpa ada sorang pun yang curi tulang kerana terlampau fokus untuk menyiapkan tugasan yang diberi.

Tetapi apabila tiba hari pembentangan dimana setiap ahli kumpulan perlu take part untuk buat pembentangan. Dan tibala giliran Mat. Bila Mat bentang cikgu tak pandang pun muka Mat. Cikgu membelakangkan badannya daripada Mat. Mat tetap teruskan pembentangan dengan senyuman di wajah. Mat cuba tarik perhatian cikgu, tapi sayangnya Mat tak berjaya. Dan tiba giliran ahli kumpulan Mat yang lain pula untuk membentangkan part mereka. Dan cikgu kembali lihat ke hadapan dan tidak menghadapkan badannya ke belakang lagi dan fokus pada pembentang selepas Mat. Mat nampak cikgu senyum dekat  pembentang seterusnya. Mat terkilan tapi Mat tetap terus tersenyum. Tapi Mat tertanya-tanya

'Kenapa cikgu tak pandang muka aku time aku buat pembentangan, cikgu pandang lain, tapi bila polan bentang cikgu tak palingkan wajah ke tempat lain pun. Hmm'

'Kenapa cikgu pusing tempat lain bila aku buat pembentangan. Teruk sangat ke pembentangan aku?'

Dan Mat terus bermonolog dengan dirinya sendiri. Dah banyak kali Mat kena perkara yang sama. Sehingga Mat memaki-maki dirinya sendiri;

'Kenapa kau bodo noob sangat, tengok! sampai cikgu pun tak suka kau' (while wipe his tears)

'Orang bijak je ke layak ada dalam dunia sekarang ni eak?' 

'Aku ni teruk sangat kot, tu cikgu tak suka aku sampai cikgu pun tak sanggup nak tengok muka aku'

'Disebabkan aku pelajar lemah, aku tak boleh berjaya macam orang lain ke?'

'Kalau ia pun aku ada buat kesalahan, perlukah aku dilayan sebegini rupa?'

'Kalau ia pun aku ini lambat dari orang lain perlukah aku dibenci sebegini rupa?'

'Hina sangat ke aku?'

'Aku tak layak nak berjaya macam orang lain ke?'

Mat mula give-up dengan diri dia sendiri. Dia merasakan dirinya terlampau teruk sampai cikgu pun tak suka dia. Mat yang mulanya punya semangat yang tinggi untuk berjaya mula pelan-pelan hilang semangat untuk belajar. 

Kenapa cikgu boleh bersembang dengan dia, tapi cikgu tak boleh bersembang dan bergurau dengan aku?

Cikgu macam nak mengelak daripada aku

Aku ada cuba approach cikgu  tanya cikgu soalan yang aku tak faham. Cikgu jawab. Tapi selepas tu tamat kat situ je. Cikgu takkan panjangkan perbualan dengan aku. Hmm takpelah mungkin cikgu sibuk.

Tapi... Cikgu cakap dengan polan lama. Cikgu gelak² dengan polan. Hmm. Tak pelah mungkin cikgu tak selesa dengan aku.

Mat banyak kali menangis. Bahkan setiap kali masuk kelas cikgu, Mat akan tahan sebak di dada bila cikgu tak pernah notice Mat. Mat menangis dan menangis

Tapi satu hari dia terfikir. 

'Aku memang pelajar lemah, tapi tak semestinya aku tak boleh berjaya, kenapa aku nak give-up sebab cikgu tak suka aku je. Kesianlah kat mak ayah aku yang ternanti-nantikan kejayaan aku' 

Bermula dari hari itu Mat teruskan hidupnya seperti biasa, Mat tak ambil hati dengan apa yang cikgu buat atau cakap pada Mat, sebab Mat rasa cikgu mesti ada sebab yang tersendiri. Mat terus tersenyum bila jumpa cikgu, walaupun cikgu tak balas balik senyuman Mat. Mat belajar sungguh-sungguh. Mat nak buktikan pada cikgu yang Mat nak berjaya dan Mat usaha sungguh-sungguh untuk berjaya. Tapi cikgu tetap tak perasan Mat. Malah dalam kelas, nama Mat pun cikgu masih tak ingat. Tapi Mat tak kisah dan Mat tak ambil hati. Mat terus usaha dan usaha. Sebab Mat ada satu impian. Impian Mat suci iaitu 'Aku nak berjaya'.

Setiap kali lepas Mat solat Mat selalu doakan agar Allah buka kan pintu hati cikgu untuk terima Mat sebagai pelajarnya. Setiap kali lepas solat Mat tak pernah lupa untuk doakan kesejahteraan cikgu. Sebab Mat sayang cikgu. Mat yakin cikgu ada sebab yang tersendiri. :)

Mat mula sedar yang kita tak boleh paksa orang untuk suka kita. Walau apapun usaha yang kita buat kita takkan dapat memenangi hatinya. Sama jugak macam kawan kita tak boleh paksa kawan untuk berkawan dengan kita. Tapi Mat masih percaya 'kalau kita buat baik kat orang, orang pun akan buat baik kat kita' (walaupun sebenarnya Mat selalu dipinggirkan oleh kawan-kawan, kawan-kawan akan cari Mat bila mereka sedih dan bosan dan tinggalkan Mat bila Mat perlukan bantuan). Tapi Mat tetap yakin yang

"Kasih sayang Allah itu luas, biarlah penduduk bumi membenci, tapi Allah masih disisi dan masih setia menemani dan menyayangi. Aku kan teguh berdiri. In shaa Allah 😊"


Maher Zain said on his song don't despair and never lose hope cause Allah is always by your side. Hey put a smile back on your face k? 😊💓


Comments

Popular posts from this blog

LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

Thinker Studios

It's Sunday!