Percakapan Kita, Ujian Buat Kita

Assalammualaikum w.b.t

Hello guys, hope you guys doing good today.

Yang tengah stress, aku doakan semoga korang dapat ketenangan diri balik,
Yang tengah putus cinta, aku doakan korang sembuh dari sakit nya putus cinta,
Yang tengah menangis, aku doakan ada sesuatu yang akan buat kau gembira balik,

Walau apa pun, yang korang tengah buat sekarang ni, aku doakan urusan korang semua dipermudahkan. In shaa Allah, amin.

Btw, aku ada la cerita ni, nak cerita kat korang, aku selalu dengar ayat

"Manusia di uji dengan apa yang dia cakap"

sampailah satu hari aku betul-betul faham maksud ayat ni.

Pada hari tu, dalam waktu petang tu, abang aku dan kakak ipar aku ajak aku keluar untuk beli barang dapur sikit. Waktu tu aku baru lepas solat asar. Aku tak tau la apa yang aku rasa waktu tu (niat aku nak bagi peringatan kat orang lain, tapi Allahua'lam). So, aku terus update dekat status whatsapp macam ni tulisannya 👇

"Walau kat mana pun kita berada, jangan pernah tinggal solat"

Lebih kurang macam tu la status aku muat naik kat whatsapp. Lepas tu nak tau apa jadi? (kalau korang cakap tak nak pun, aku tetap nak cerita jugak, heee)

.
.
.
.
.
Aku terlepas solat maghrib time tu. Biasala (tak solat bukan perkara biasa ok 😒)keluar pun dah petang, beli barang dapur, memang leka la kan. Otw balik tu rushing la jugak takut tak sempat. Sampai je depan pintu pagar rumah, azan isyak berkumandang. Waktu tu aku rasa frust giler la.

Terus aku teringat balik status yang aku baru muat naik petang tadi.

Sambil aku cakap dalam hati

"Kau pesan kat orang, tapi kau pun tinggal solat"

Rasa macam deep giler kot time tu.

Aku pesan kat orang, tapi aku sendiri pun tinggal solat.

Kesimpulan dia, kita memang akan di uji dengan setiap percakapan yang keluar dari mulut kita. Jadi cakaplah yang baik-baik, agar apa yang terjadi dalam hidup kita pun, in shaa Allah yang baik-baik sahaja.

Ambil la pengajaran dari apa yang berlaku kat aku ni 👆

"Tak salah untuk berpesan ke arah kebaikan, tapi make sure kita pun bergerak mencari kebaikan"

Location: Tasik Chini, Pahang

Comments

Popular posts from this blog

LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

Thinker Studios

It's Sunday!