Stress kat tempat kerja, buat semua pun tak jadi

Assalammualaikum w.b.t
May Allah bless us abundantly, protect us, keep us steadfast and grant us what's best for us in both worlds. 

Lately ni aku diuji dengan masalah hati, stress di tempat kerja dan sebagainya, stress sampai buat apepun rasa tak jadi, sampai kadang rasa give up and tak nak buat apepun. Tapi hidup kena kerja, tak kerja takde duit macam mana nak makan, belanja mak ayah, and teruskan hidup.

Then aku terdengar podcast ni oleh Ustaz Wadi Anuar.
"Semua orang ada ujian, semua orang ada masalah. Tapi tak ada ujian yang boleh menandingi ujian para Rasul."

Diceritakan kisah Nabi Yunus A.S
"Kalaulah bukan kerana Nabi Yunus ini dikalangan orang yang banyak bertasbih memuji dan bertaubat pada Allah dalam perut ikan tersebut, nescaya Nabi Yunus akan kekal dalam perut ikan itu sampai hari kiamat."

Beberapa pandangan daripada ulama sebut:

"Nabi Yunus dikalangan yang banyak solat, banyak bertaubat, banyak puji Allah, banyak berzikir ketika senang."

"Nabi Yunus ketika dalam perut ikan tidak lupa untuk terus bertaubat dengan zikirnya yang terkenal"
Mungkin aku terlupa nak balik pada Tuhan. Stress datang dari manusia, tapi aku jauh dari Allah, tak adilnya aku dengan Allah. Aku yang menganiaya diri aku sendiri. Selalu aku rasa sunyi, rasa sedih sebab rasa takda orang boleh dengar masalah, takda orang. Aku rasa macam sorang-sorang. Ada je orang untuk aku bercerita, tapi aku rasa macam aku ganggu diorang, aku rasa macam diorang pun ada ujian hidup diorang takkanlah aku nak campur lagi dengan cerita stress aku.

Nabi Yunus pun mengaku dengan Allah, dia lah yang menganiaya diri dia sendiri, dalam pada Nabi Yunus diuji duduk dalam perut ikan tu. Nabi Yunus tak salahkan Allah sebab bagi dia ujian, tapi beliau mengaku depan Allah beliaulah sebenarnya yang menganiaya dirinya sendiri. Allahurabbi. 

Siapa lah aku untuk marah Allah, bila Allah bagi aku ujian.

Semoga kisah Nabi Yunus ini memberi manfaat dan pengajaran dan pegangan untuk kita hadapi hari² yang sukar.

Comments

Popular posts from this blog

LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

Thinker Studios

Hati