Review Buku Fixi Velvet

Assalammualaikum w.b.t
May Allah bless us abundantly, protect us, keep us steadfast and grant us what's best for us in both worlds.





Ok kalini aku nak review tentang Buku Fixi yang berjudul Velvet. Velvet ni karya Ikmal Ahmad and Velvet merupakan antara koleksi Buku Fixi aku yang terawal. Buat pengetahuan yang tak tahu penulis Ikmal Ahmad baru je keluarkan sekuel (sambungan) Velvet yang diberi tajuk Velvet 2. Once keluar je Velvet 2 aku terus beli dekat fixi punya website, sebab buku Velvet yang pertama punya ending memang tergantung la kan citer dia. Aku tak nak cerita pasal Velvet 2 lagi, sebab post kali ni khas untuk Velvet yang pertama. No actually, aku tak baca lagi sekuel dia. Yang ni pun aku ulang balik baca dari buku pertama sebab nak rasa dia punya connection tu. Plus lama dulu dah aku baca Velvet 1 since 2017 aku rasa. So yeah, untuk refresh balik memory aku so here it is, aku repeat balik baca.


Bagi aku buku ni memang mindblown gila. Semua scene-scene pembunuhan dalam cerita ni memang  giler wei, sambil baca, aku dok bayang cerita saw tu. And si syaitan tu aku terbayangkan patung ni 👇. Tapi sebenarnya tak, ada yang lagi gila. Kau nak tau apa yang lagi giler? Kau baca muka surat 275 dan ke atas.



Sumber: https://giphy.com/explore/saw



Dekat Goodreads ada jugak aku tengok yang rate 1, bagi aku satu tu teruk sangat, dan buku ni taklah teruk sangat pun. Enjoyable lagi ada. Tapi yeah, tu pilihan masing-masing dan pendapat masing-masing. 


Tapi untuk aku, aku bagi buku ni 4.5 bintang ⭐⭐⭐⭐✨. 0.5 lagi tu sebab ending dia tergantung an, memang tak puas la jawab dia. Aku nak lagi, tapi instead of 4 aku bagi 5 bintang terus sebab rasa keterujaan yang aku dapat at the end of the book. 


"Tidak akan tercipta sebuah kehidupan yang sempurna walaupun asas kehidupan itu dibina berteraskan sebuah kehidupan yang pahit atau apa yang dinamakan sebagai pengalaman kerana nikmatnya itu adalah terlalu rapuh untuk dipertahankan keindahannya apabila wujud dendam yang menggelegak di dalam hati syaitan yang kau rejam"


Aku nak hiburan, dan buku ni berjaya bagi aku hiburan, dan berjaya cut off aku dari reality dan masuk ke dunia faktab Akim yang melihat satu-satu kawannya dibunuh dengan kejam dan pantas si syaitan tu buat keje kan plus sempurna pulak tu takde jejak. Dendam kadang mampu mengubah yang baik jadi syaitan, yang dah syaitan jadi iblis dan paling tak boleh blah yang tak bersalah terima akibat dia. Bagi aku Akim kau starter, kau buli ID, kau musnahkan hidup dan kerjaya (2 sekaligus) Cikgu Ros dengan Cikgu Hisyam. Sekarang masa lalu pula menuntut masa hadapan kau.


Aku geram sebab Cikgu Ros mati macam tu je? Mana justice untuk dia. Peh setahun wei dia tahan semua tu, kerjaya rumahtangga semua musnah. ID kena seksa sampai macam tu sekali. Kau memang gila Akim. Cuma aku tertanya-tanya kenapa ID tumbuk Akim waktu pengantin nak potong kek tu. 


Overall 5/5 ★ (kita tengok buku Velvet 2 pulak apa citer).


BYE!

Comments

Popular posts from this blog

LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

Thinker Studios

It's Sunday!