Cukuplah Allah Sebagai Penjamin

Assalammualaikum w.b.t
May Allah bless us abundantly, protect us, keep us steadfast and grant us what's best for us in both worlds.

Cerita ini di ambil dari petikan buku yang bertajuk La Tahzan|Jangan Bersedih|Don't Be Sad karya Dr. Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni yang bertajuk  M/S: 857-858.

Imam Al-Bukhari menyebutkan dalam kitab Sahihnya, bahawa seseorang dari kaum Bani Israil meminta kepada lelaki lainnya untuk memberinya pinjaman sebanyak seribu dinar (lebih kurang RM 2974.31). Orang yang meminjamkan itu berkata:

"Apakah anda memiliki saksi"

Jawab si peminjam

"Saya tidak memiliki saksi selain Allah".

Yang meminjam menegaskan

"Cukuplah Allah sebagai saksi. Apakah anda mempunyai pelindung?". Tanyanya kemudian.

Jawab si peminjam "Saya tidak memiliki pelindung kecuali Allah".

Orang yang meminjamkan wang itu berkata "cukuplah Allah sebagai Pelindung".

Selanjutnya, pemberi pinjaman menyerahkan 1000 dinar kepada si peminjam, lalu dia pergi setelah kedua belah pihak bersepakat menetapkan tempoh pengembaliannya, sedang rumah keduanya dipisahkan oleh sebatang sungai.

Ketika tempoh pengembalian telah tiba waktunya, si peminjam pergi dengan membawa wang 1000 dinar untuk dia kembalikan kepada pemiliknya. Sambil menunggu sebuah perahu yang boleh membawanya menyeberang sungai dia berdiri di tepian sungai. Namun hari itu kebetulan tiada satu perahun pun di situ. Malam pun tiba dan untuk beberapa lama dia tinggal di tempat itu, namun belum juga ada orang yang dapat menghantarnya ke tempat lelaki yang telah meminjamkan wang kepadanya tersebut. Dengan penuh harap akhirnya dia memohon kepada Allah

"Ya Allah, dia meminta kepadaku saksi namun tidak aku dapatkan saksi selain Engkau. Dia juga meminta penjamin (pelindung), namun tidak aku dapatkan penjamin selain Engkau. Ya Allah, sampaikan surat ini".

Dia lalu mengambil sebatang kayu dan membuat lubang pada kayu tersebut lalu memasukkan wang berserta surat ke dalamnya. Lalu dia lemparkan batang kayu itu ke dalam sungai. Dengan izin dan pertolongan Allah kayu itu bergerak menuju ke tepi seberang sungai. Di mana pada saat yang sama si pemberi pinjam sedang menunggu di tepian sungai akan janji sahabatnya itu. Dia berdiri menunggunya di situ namun tiada satu orang pun yang sampai. Katanya dalam hati,

"Daripada pulang dengan tangan kosong, mengapa tidak aku ambil kayu bakar itu untuk keluargaku di rumah". Bertepatan dengan itu, dia melihat sebatang kayu di tepi sungai tempat dia berdiri, maka dia terus mengambilnya dan membawa pulang ke rumah. Setibanya di rumah, kayu itu dibelah dan ternyata dia mendapati wang dinar dan sepucuk surat di dalamnya.

Demikian itu kerana Allah SWT Yang Maha Menyaksikan telah membantunya.

Pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini:

1) Cukuplah Allah sebagai saksi dan pelindung.

2) Si peminjam jujur apabila dia memulangkan kembali wang yang dipinjamnya tepat pada waktu yang telah dijanjikan.

3) Dan si pemberi pinjam juga redha walaupun dia sangka dia tak akan dapat balik duitnya pada hari tersebut.

4) Bantuan Allah sentiasa dekat bagi mereka yang memohon pertolongan daripada Allah SWT.



Sumber Gambar: Encik Google :)




Comments

Popular posts from this blog

LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

Thinker Studios

It's Sunday!