Sekecil-kecil Perkara



Assalammualaikum w.b.t

Hello guys, hope you guys doing good today!

Harini aku terpanggil untuk menulis tentang a simple act of kindness.

Cerita dia siang tadi aku adala jemur barang-barang untuk final year project aku. Lepas isyak tu aku turun bawah ingat nak ambikla barang-barang aku tu sebab bunyi guruh kat luar menandakan hujan akan turun bila-bila je. Tiba-tiba aku tengok barang-barang aku dah dialihkan ke bawah bumbung which is aku sangat terharu dan aku nak ucapkan jutaan terima kasih pada insan mulia yang alihkan barang-barang aku tu ke tempat teduh sebelum hujan turun. Aku doakan segala urusan kau dipermudahkan. In shaa Allah. Amin

See guys! Kadang-kadang sekecil-kecil kebaikan yang kau buat tu amat besar dan bermakna pada seseorang. Memang nampak macam kecik.


'Alah tolong angkat barang je pun'



'Bukan berat pun'



'Alah yang tu aku pun boleh buat'


Tapi hanya dengan sekecil-kecil kebaikan yang kau buat tulah, tanpa kau sedar kau sedang buat orang lain tersenyum gembira. 😊

Kadang kecil bagi kau, besar bagi dia. Jadi selagi kita mampu buat kebaikan, teruskan. Dan belajar untuk menjadi ikhlas. Ikhlas dalam setiap perkara. Belajar untuk tak harapkan balasan. Benda ni susah nak buat, tapi kalau kau dapat buat, kau akan rasa puas, kau akan rasa tenang, kau akan rasa indah je hidup ni. Sama-samala kita belajar menjadi ikhlas di setiap amal ibadat dan perbuatan yang kita buat k.

Susah?

Ye kan memang susah

Tapi . . .

Kita boleh cuba 😉

Aku pernah dengar ayat ni

"Ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pada malam yang gelap"
Haha deep pulak masuk bab ikhlas. 😄

Everyone you meet is fighting a battle you know nothing about. So be kind.

Always ❤

If you see someone without a smile, give them one of yours - Zig Ziglar 


Seronok kan kalau kat dunia ni semua orang buat baik dan tak bersangka buruk sesama sendiri.

Kalau semua orang kat luar sana saling bersangka buruk,saling benci-membenci apa kata anda pula jadi orang yang mendamaikan dengan berbuat kebaikan.
Sekali lagi aku nak ulang ayat ni...
Hanya kerana sekecil-kecil kebaikan yang anda buat, mampu membuatkan orang lain tersenyum gembira 😊

Jadi buatlah kebaikan walau hanya dengan sekecil-kecil perkara.

Moga Allah redha dengan jalan yang kita pilih. In shaa Allah.


Comments

Popular posts from this blog

LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

Thinker Studios

It's Sunday!