Terlupa atau Sombong?



Assalammualaikum w.b.t

Hello guys. Hope you guys doing good!

Sebenarnya aku baru je habis baca buku ARKITEK PELUKIS JALANAN By Teme Abdullah.


And I must say that, you should give a try to read this book. And a huge thumbs up for this quality book. Highly recommended.👍

Btw aku tak pernah buat atau terfikir pun nak buat summary review untuk setiap buku yang aku baca. It just kalau aku baca aku baca. Gitu jelah. Tapi kali ni aku rasa lain, buku ni seolah-olah berdialog dengan aku. Apa yang aku pernah persoalkan dalam diri aku seolah-olah terjawab dalam buku ni. Walaupun tak semua at least there's something special about this book. Yang kalau kau baca kau akan tahu apa yang aku melalut ni. 

Bagi yang belum berkesempatan untuk baca buku ni lagi, jangan risau aku takkan spoilkan mood korang dengan bagitahu apa yang terkandung dalam keseluruhan buku ni pun. No worries k? 😉

Buku ni mungkin lebih dekat dengan aku sebab ia menceritakan tentang pengalaman. Pengalaman hidup. Pengalaman dalam berkawan, pengalaman menjadi seorang pelajar. Mungkin sebab aku masih bergelar seorang pelajar jadi aku rasa buku ni dekat dengan jiwa aku.

Orang cakap pengalaman mematangkan kita. Yes. I agree with that!

Bila aku habis je baca buku ni, aku tersedar yang sebenarnye aku ni lupa nak bersyukur. Aku lupa bersyukur atas segala nikmat dan ujian yang Allah bagi pada aku. Aku tak nampak nikmat yang Allah bagi sebaliknya aku menghitung ujian yang Allah beri. Betapa sombongnya aku menjadi seorang hamba yang berpijak di bumi Tuhan. Berjalan dengan bongkak walau sedar yang semua ini hanya pinjaman. Termasuk tangan yang sedang menaip sekarang ni.

Pergh, deep dia sentap naluri kau secara halus, bukan secara paksaan. 

Perlahan-lahan aku sedar yang aku takbur berjalan di atas bumi Tuhan. 

Asyik merungut, mengeluh, menangis, meratap tetapi lupa untuk BERSYUKUR.

Allahuakbar. 

Aku rasa macam dugaan aku dah besar sangat dah, sampai aku terlepas pandang ada orang yang lagi besar ujian yang dia terima. Aku rasa macam aku dah pecah kepala giler time belajar, dengan assignmentnye nak kene submit on time, pensyarah yang pilih kasihnya, tanggungjawab bila kau pegang satu-satu jawatannya, presentationnya, kawan tikam belakang dan macam-macam lagi rungutan aku sebagai seorang pelajar. Which is aku percaya orang lain pun hadap juga mende yang sama. 

Tapi ada satu benda yang aku terlupa.

Terlupa atau sombong?

Terlupa yang kuasa Allah itu melebihi segala-galanya. Aku lupa yang Takdir Allah tu indah. Allah dah atur baik-baik dah jalan hidup kita ni. Sebab Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.
Tinggal kita je nak yakin dan percaya dengan setiap aturan Allah. 

For a seconds,

Mari sama-sama kita ucap Alhamdulillah.

Untuk segala nikmat yang Allah beri. Untuk segala perkara yang Allah uji. Sebab dengan ujian kau kuat dan tabah malah belajar dari setiap kesilapan.

Last sekali aku nak cakap, tryla baca buku PELUKIS DAN ARKITEK JALANAN ni. Tarbiah datang dari pelbagai cara. Mungkin tulisan daripada hamba Allah yang hanya ingin dikenali sebagai Teme Abdullah ini adalah salah satu daripadanya. 😊

Thanks to Teme Abdullah untuk tulisan yang memberi impak dan membuka mata jiwa-jiwa muda  seperti kami untuk faham dan sedar bahawa di setiap ujian terselit manisnya sebuah kejayaan. 

"Pengalaman mematangkan. Ujian pula menguatkan. Tanpa iman kau akan hilang pedoman. Percaya pada aturan Tuhan, kebahagiaan sedang menanti kau dihadapan. Tinggal kau kena jalan sikit ke depan, usaha untuk dapatkan, apa yang Tuhan dah tetapkan." 

"Tapi bila kau dah sampai dihadapan, jangan lupa ucap syukur dan terima kasih kepada Tuhan, sesungguhnya hanya kerana Allah kau peroleh kejayaan". 
❤❤❤



Comments

Popular posts from this blog

LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

Thinker Studios

It's Sunday!